Terbaru, Ainul Aishah seperti melenting dengan teguran yang diterima dari peminat-peminatnya mengenai satu gambar dirinya yang dimuat naik ke dalam profil Instagram.
Di dalam gambar itu, dia hanya memakai pakaian yang tidak berlengan.
Rata-rata peminatnya memuji kecantikan dirinya tetapi mengatakan sekiranya memakai baju yang lebih sopan di bulan Ramadhan, menyerlahkan lagi kecantikan dirinya.
Namun, teguran yang diberi tidak diterima oleh Aishah.
Sebaliknya, dia seperti ‘angin’ dengan kata-kata yang diberikan.
Kata Aishah, setiap orang yang menegurnya adalah ‘busybody’ dan tidak perlu sibuk menjaga atau menegur tentang perihal dirinya.
Aishah juga memberikan kata-kata sekiranya ingin menegur, ‘pergi ke tempat lain’ dan ada di antara peminat-peminatnya menyokong dakwaan Aishah.