SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » TIPS : LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MUSIM PERAYAAN

TIPS : LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MUSIM PERAYAAN


LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MUSIM PERAYAAN

1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak 
mudah dipecah atau diumpil.


2. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 
7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan 
berfungsi dengan baik (jika ada).

3. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang 
di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, 
pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum 
meninggalkan rumah. 

4. Jangan membiarkan binatang peliharaan anda kebuluran semasa anda bercuti.

5. Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) 
dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa 
ketiadaan anda. 

6. Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya 
dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.

7. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah 
ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang 
diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.

8. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti 
dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal 
anda dan berikan maklumat seperti berikut: 

Ø Nama dan alamat
Ø Nombor telefon yang mudah dihubungi
Ø Tarikh berlepas dan balik
Ø nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti
9. Anda juga dinasihatkan mengansuranskan harta benda rumah anda untuk meringankan beban 
kerugian sekiranya rumah dipecah masuk.

“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & 
BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU DI JALAN RAYA”

POLIS BUKIT AMAN 
HOTLINE
03-2031 9999
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir