SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Info : PLUS Rangka Jadual Elak Sesak di Lebuhraya Semasa Pulang Beraya

Info : PLUS Rangka Jadual Elak Sesak di Lebuhraya Semasa Pulang Beraya


Plus Ekspressway Bhd (PLUS) pada Isnin mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) kepada penggunanya bagi mengurangkan kesesakan di lebuhraya menjelang musim perayaan Aidilfitri.
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi berkata, pelan perjalanan yang diatur oleh ini akan membantu orang ramai merancang perjalanan mereka dalam menghadapi 1.4 juta kenderaan yang dijangka berada di lebuhraya PLUS pada waktu puncak nanti.
PLUS Bagi 'Petua' Nak Elak Sangkut Dalam Kesesakan Balik Kampung, SILA SHARE!

Katanya, jadual TTA yang dicadangkan itu ialah pengguna di Lembah Klang yang akan menuju ke Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Johor diminta memasuki lebuhraya Utara-Selatan sebelum pukul 12 tengahari.
Bagi mereka yang menuju ke Kuala Kangsar, Changkat Jering dan Taiping disarankan memasuki lebuhraya antara pukul 12 tengahari hingga 3 petang.
“Mereka yang menuju ke destinasi lebih dekat seperti Ipoh, Simpang Pulai, Gopeng, Tampin dan Alor Gajah (melalui Simpang Ampat) bolehlah memasuki lebuhraya antara pukul 3 hingga 6 petang,” katanya.
Mohammad Fuad juga berkata, waktu paling sesuai untuk pengguna dari Lembah Klang ke Tapah, Bidor, Sungkai, Slim River, Tanjung Malim, Senawang, Port Dickson dan Seremban memasuki lebuhraya ialah selepas pukul 6 petang.
Menurut Mohammad Fuad lagi, TTA yang dikeluarkan PLUS adalah untuk pengguna yang menggunakan lebuhrayanya pada waktu puncak iaitu dari 16, 17, 18, 30 dan 31 Ogos ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata lebih kurang 50 peratus pengguna lebuh raya telah mematuhi TTA cadangan PLUS pada Aidilfitri tahun lepas dan ia merupakan peningkatan sejak diperkenalkan pada 2007.
Katanya, kadar pematuhan yang tinggi terhadap jadual TTA akan berjaya mengurangkan kesesakan sekali gus melancarkan perjalanan dan selesa kepada pengguna.
Beliau menambah, bagi menggalakkan orang ramai bekerjasama mematuhi jadual ini sebanyak 50,000 jadual telah dicetak untuk diagihkan kepada orang ramai.
Sementara itu PLUS turut mencadangkan waktu memasuki Tambak Johor dan Linkedua serta Jambatan P.Pinang mengikut plat kenderaan.
“Kenderaan yang nombor plat diakhiri nombor ganjil disarankan memasuki laluan ini pada setiap jam ganjil seperti pukul 9, 11, 1 dan 3 petang.
“Kenderaan bernombor plat genap pula masuk ke lebuhraya pada jam genap seperti pukul 4, 6, 8 dan 10,” jelasnya. (Mstar)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir