Pelakon Nadiya Nissa akhirnya menamatkan tugasnya sebagai pegawai perhubungan awan di sebuah jabatan kerajaan dan ingin memberikan fokus kepada bidang lakonan.
Nadiya, 27, berkata, dia tidak menyambung kontrak untuk jawatan itu selepas memikirkan minatnya dalam bidang lakonan serta tawaran yang tidak putus-putus diterimanya.
"Saya perlu mengorbankan salah satu kerana buat masa ini tidak mungkin saya mampu mengalas dua tanggungjawab secara serentak dan saya memilih untuk meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan.
"Secara jujur bukan mudah untuk membuat keputusan ini tetapi atas dorongan daripada suami dan keluarga saya teruskan hasrat," katanya kepada mStar Online.