Biarpun sudah dijadualkan akan tiba di sebuah majlis rasmi organisasi miliknya sendiri, pada saat akhir hasratnya itu dibatalkan kerana belum bersedia bertemu peminat, berdepan media dan menjawab sebarang soalan.
Itulah hakikat yang ditelan, keekecewaan yang dirasai aktres jelita, Katie Holmes selepas berpisah dengan suaminya yang juga pelakon terkenal, Tom Cruise.
Holmes yang berpisah dengan Cruise sejak 27 Jun lalu memang tidak pernah muncul di mana-mana majlis kerana belum bersedia menjawab persoalan mengenai perpisahan yang mengejutkan dunia hiburan itu.
Malah menurut satu sumber yang rapat dengannya yang mula dikenali menerusi drama siri "Dawson's Creek" ini, Holmes hanya ingin meletak sepenuh fokus pada puteri kesayangannya, Suri Cruise yang kini berusia enam tahun dan cuba mengelakkan sebarang persoalan mengenai perpisahannya.
Sejak memfailkan perceraian dengan Cruise, Holmes memang tidak muncul lagi di mana-mana majlis hingga paparazzi sendiri tidak henti memburunya kerana dia belum lagi sedia memberikan sebarang kenyataan.