SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , , , » Hiburan : Gambar | Lagu “Dara” Inspirasi Daripada Luna Maya – Ariel

Hiburan : Gambar | Lagu “Dara” Inspirasi Daripada Luna Maya – Ariel


Semua sedia maklum bahawa Ariel telah dibebaskan pada 23 Julai yang lalu. Oleh itu, menerusi media IndonesiaDetikHot semalam, penciptaan lagu “Dara” merupakan hasil karya Ariel sepanjang beliau meringkuk di dalam penjara akibat kes penyebaran video porno beliau.

Menurut Ariel, Lagu Dara sebenarnya diinspirasikan daripada rungutan bekas kekasihnya, Luna Maya. Perkara ini dinyatakan oleh Ariel sendiri melalui bukunya yang berjudul “Kisah Lainnya”. Menerusi bukunya itu, Ariel memaklumkan bahawa lagu Dara diinspirasikan melalui ucapan Luna Maya ketika mereka berada di dalam kenderaan Kerajaan Negeri yang membawanya ke penjara ketika disabitkan kesalahan menyebarkan video porno pada bulan Jun tahun 2010 yang lalu.
Menerusi ucapan tersebut, Luna menyatakan rasa sedihnya dan bertanya kepada Ariel mengapa mereka perlalu lalui dugaan sebegitu sambil menitiskan air mata. Pada masa itu, secara tiba-tiba perasaan Ariel menjadi geram dan marah dengan jeritan hati Luna Maya. Maka dari situ lagu Dara ini dicipta.
Walaupun hubungan kedua-dua pasangan ini terkandas di tengah jalan, namun Luna Maya tetap menjadi salah seorang yang banyak menyokong Ariel. Menurut Ariel, Luna telah mengajarnya cara untuk menjalani hidup yang lebih matang dan kenangan bersama Luna tidak akan Ariel lupakan.
via ohbulan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir