SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Hiburan : Ally Iskandar Terpaksa Bertahan Selama Setahun Untuk Dapat Anak Kerana Farah Lee Sedang Belajar

Hiburan : Ally Iskandar Terpaksa Bertahan Selama Setahun Untuk Dapat Anak Kerana Farah Lee Sedang Belajar


“Saya harus bertahan sehingga hujung tahun ini saja,” luah pengacara televisyen, Ally Iskandar, yang mengakui belum boleh menimang cahaya mata dalam masa terdekat selagi isterinya bergelar pelajar. 
pix_gal0

Sebelum itu, Ally yang baru tujuh bulan mendirikan rumah tangga bersama pelajar jurusan Kejuruteraan di Universiti In Ha, Korea Selatan, Nurfarahin Romli, 23, atau lebih dikenali sebagai Farah Lee, hanya mampu tersenyum apabila diajukan soalan mengenai anak. 

Sebelum berkahwin lagi saya ada menyuarakan hasrat kepada pihak pengurusan untuk bercuti, jika saya sudah berumah tangga. Alhamdulillah, hajat itu terlaksana selepas 10 tahun mengacarakan Malaysia Hari Ini (MHI) pada pagi 1 Syawal,” - Ally Iskandar, 

Penerbit/pengacara.Pasangan suami isteri juga dilihat begitu memanfaatkan masa bersama, apabila Farah pulang bercuti sepanjang Ramadan hingga September nanti.“Nak buat macam mana, kami terpaksa merancang dulu, selagi Farah belum habis belajar. Itulah syarat yang ditetapkan kepadanya, memandangkan isteri saya ialah pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).“Lagi pun, saya tidak mahu mengganggu tumpuan pelajarannya. Jika dia mengandung, sudah tentu saya amat risaukan kesihatannya di sana, tanpa suami di sisi.“Insya-Allah dia akan menamatkan pengajiannya penghujung tahun ini. Selepas itu, barulah kami boleh merancang untuk mendapatkan anak. Saya pun bukannya muda lagi,” katanya yang ditemui pada rakaman program Mentor Raya, baru-baru ini. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir