Selepas membuka mulut tentang status anak ke’empat beliau, Norish Karman semakin menjadi perhatian dengan pelbagai persoalan lain yang mula timbul.
Namun, semalam ketika di’temui media di majlis rumah terbuka Wanita Hari Ini (WHI), Norish Karman ada menyatakan sebab sebenar gambar anak beliau tersebar.
“Ada pihak menyebarkan gambar anak saya kerana (dia) gagal mendapat wang ugutan,” ujar Norish Karman yang pada awal’nya seperti ingin mengelak wartawan.
Pelakon ini sekali lagi menjelaskan yang beliau memang ada merancang untuk perkenalkan anak’nya kepada umum tetapi pihak berniat jahat itu terlebih dahulu menyebarkan gambar.
Selain menerima sokongan moral yang kuat daripada rakan rakan & peminat, Norish Karman juga berkata beliau tidak berhajat meneruskan proses saman beliau.
“Mereka yang menyebarkan gambar anak saya itu bukan’nya berduit, tidak berbaloi rasanya untuk saya bersusah payah ke mahkamah untuk melayan mereka,” tambah Norish Karman.