SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Hiburan : Gambar | Norish Karman Aggap Isu Anak Dugaan Allah

Hiburan : Gambar | Norish Karman Aggap Isu Anak Dugaan Allah


Norish Karman merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air. Bermula akhir tahun 2011 yang lalu, namanya terus menerus dipalitkan dengan kontroversi berkaitan fotonya melahirkan anak luar nikah tersebar luas di internet.

Ketika bertemu di majlis rumah terbuka Wanita Hari Ini (WHI) sebentar tadi, Norish memaklumkan bahawa dia terima segala dugaan yang Allah berikan kepadanya.
“Bagi saya, benda berlaku kerana Allah. Mungkin Allah beri dugaan ini untuk mengajar saya agar lebih kuat menghadapi segalanya. Manalah tahu dengan dugaan ini, ia dapat melonjakkan lagi nama saya.” ujar Norish sambil tersenyum.
Ketika ditanya bagaimana penerimaan ahli keluarga terhadap kelahiran bayi barunya, Norish memberitahu pihak media bahawa semuanya tiada masalah dan mereka sayang bayi tersebut.
“Semua orang sayang dia. Bayi ini tidak banyak bagi masalah kepada saya dan dia seorang bayi yang baik. Senang nak jaga dia.” ujar bekas pengacara Wanita Hari Ini.
Sepanjang sesi temubual, Norish turut meluahkan rasa kesalnya terhadap pelbagai tohmahan yang dilemparkan keatasnya dirinya. Bagi Norish, individu yang tidak mengetahui cerita sebenar, tidak layak untuk membuka mulut dan menyebarkan cerita yang tidak benar mengenainya isunya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir