SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , » Hiburan : Gambar | Hafiz AF Disaman Kerana Cederakan Pengurus Pentas

Hiburan : Gambar | Hafiz AF Disaman Kerana Cederakan Pengurus Pentas


Nur Haniza Mohd Azhar yang merupakan bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro, memfailkan saman terhadap penyanyi, Hafiz AF dan menuntut ganti rugi berjumlah RM200,194 atas dakwaan penyanyi lagu Awan Nano itu mencederakannya dalam satu insiden tahun lalu.
Dalam pernyataan tuntutannya, Nur Haniza mendakwa beliau didatangi Mohd Hafiz yang menepuk bahunya dari belakang dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya secara paksa ketika beliau menjalankan tugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan Salih Yaacob Show di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas. Nur Haniza mendakwa beliau menolak pelawaan itu dengan baik kerana sedang sibuk melakukan tugasannya tetapi beliau tetap didesak Mohd Hafiz untuk berbincang mengenai suatu perkara.

Nur Haniza, yang kini bekerja sebagai penasihat jualan di syarikat permotoran, mendakwa ketika beliau menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Mohd Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya Nur Haniza telah menfailkan saman ke atas Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, yang juga juara Akademi Fantasia ke-7, di pejabat Pendaftar Mahkamah Sivil di sini, hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir