SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , » Hiburan : Gambar | Pelakon dan Pengarah, Farid Kamil Tunggang Kuda Walau Masih Lutut Masih Belum Sembuh

Hiburan : Gambar | Pelakon dan Pengarah, Farid Kamil Tunggang Kuda Walau Masih Lutut Masih Belum Sembuh


Pelakon dan pengarah filem Farid Kamil yang masih belum pulih kecederaan lutut sanggup berhadapan dengan risiko apabila dia mengambil keputusan untuk menunggang kuda.

Farid, 31, berkata keputusan itu diambil kerana dia tidak dapat menahan perasaan rindu terhadap kudanya selepas beberapa minggu tidak melakukan aktiviti kesukaannya itu ekoran komitmen lakonan dan kecederaan yang dialami baru-baru ini.
“Sejak mendapat kecederaan lutut pada pertengahan bulan lalu, saya terpaksa berehat dan tidak banyak bergerak bagi memulihkannya.
“Namun, situasi itu membuatkan saya gelisah dan sangat merindui kuda saya. Akhirnya selepas tiga minggu saya terpaksa menunggang kuda selama sejam untuk melepaskan rasa rindu itu,” katanya.
Farid berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem lakonannya Hantu Gangsterdi GSC Maxx Berjaya Times Square di sini, malam Rabu lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir