SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Hiburan : Gambar | Zain Saidin Terkejut Berita Penceraian Kakaknya, Sasha Saidin

Hiburan : Gambar | Zain Saidin Terkejut Berita Penceraian Kakaknya, Sasha Saidin


Pelakon Zain Saidin akui terkejut apabila mendapat tahu tentang berita perceraian kakaknya, Sasha Saidin yang juga bekas anggota penyanyi kumpulan Elite dengan Salyo.

Kata Zain, dia mendapat tahu tentang berita perceraian kakaknya dengan Salyo yang berwargangera Indonesia itu pun daripada pihak media.

"Selepas mengetahui tentang hal tersebut, saya ada menghubungi Sasha untuk bertanyakan tentang perkara itu dengan lebih lanjut, namun hingga kini saya masih tidak berpeluang untuk berjumpa dengan mereka kerana jadual shooting saya yang agak padat. Sejujurnya saya tidak tahu langsung apakah sebenarnya yang berlaku di antara mereka.

"Tapi, saya memang terkejut dan tidak menyangka bahawa perkahwinan mereka akan diakhiri dengan cara yang begini. Lagipun, saya memang rapat dengan abang ipar (Salyo) kerana kami ada berbincang untuk menghasilkan lagu bersama," ujar Zain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir