Pelakon Fauzi Nawawi berazam untuk menjadi umat Islam yang baik sempena kunjungannya ke Mekah bagi menunaikan umrah.
Fauzi yang akan berangkat ke Tanah Suci itu pada malam Jumaat (malam ini) juga meminta semua pihak yang mungkin pernah berkecil hati dengannya agar dapat memaafkan segala kesilapan yang berlaku tanpa disedari.
"Ini merupakan pemergian saya buat kali kedua bersama isteri, Lisdawati dan ibu. Jadi, sebelum berangkat, saya ingin memohon maaf daripada semua pihak sekiranya ada yang tergores hati dengan kelakuan saya sebelum ini.
"Niat saya ke sana adalah untuk menjadi umat Islam yang lebih baik daripada sebelum ini dan moga pemergian ini diberkati.