SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , , » HIburan : Gambar | Pengarah Filem 8 Jam, Ahmad Idham Dipinggirkan Produksi Selepas Filem Itu Siap

HIburan : Gambar | Pengarah Filem 8 Jam, Ahmad Idham Dipinggirkan Produksi Selepas Filem Itu Siap


Filem aksi '8 Jam', lakonan Shaheizy Sam dan Yana Samsudin mula ditayangkan di pawagam bermula hari ini. Filem ini pasti ditunggu-tunggu oleh peminat filem Melayu kerana dari awal lagi pengarah filem ini, Ahmad Idham telah menjanjikan kelainan. Bahkan, '8 Jam' turut menggunakan khidmat pengarah aksi dari Thailand yang terlibat dalam projek lakonan Tony Jaa seperti 'Ong Bak' dan 'Tom Yum Goong'.
Ahmad Idham Mengaku Belum Tonton 8 Jam

Namun, timbul cerita kurang enak tentang filem ini apabila timbul dakwaan mengatakan Ahmad Idham dipinggirkan daripada produksi setelah tugasan pengarahannya selesai. Malah, ada juga pihak mendakwa pengarah pecah panggung ini mahu menyaman Metrowealth Pictures (MiG) kerana tidak berpuas hati dengan tindakan mereka itu.



Bagi mendapatkan cerita sebenar, GUA telah menghubungi Ahmad Idham sebentar tadi. Jelas pengarah ini, dia tidak mahu mengulas lanjut kerana buat masa ini belum berpeluang menonton filem itu.

"Semua cerita yang diperkatakan sekarang ini hanyalah spekulasi. Saya tidak mahu kata ya atau tidak tentang saman-menyaman itu. Semuanya terpulang pada situasi dan masa. Bagaimanapun, saya mengaku belum menonton '8 Jam' walaupun saya yang mengarahkannya.


"Ini kerana sebaik selesai penggambaran dan proses suntingan online, saya langsung tidak terlibat dengan proses penerbitan lain. Saya tidak pernah diperdengarkan dengan muzik ataupun kesan bunyi filem ini. Jadi, saya memang tidak tahu tentang naskah lengkap '8 Jam'. Sama ada mengikut seperti yang diarahkan atau sebaliknya," ujar Ahmad Idham berterus-terang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir