Namun apa yang dikeluarkan oleh Pengarah Filem 8 Jam ialah:
“Saya ajak kawan-kawan wartawan menonton filem ini bukan kerana ada niat lain, tetapi saya mahu mendapat maklum balas tentang filem ini. Selepas difahamkan pihak penerbit (Metrowealth Pictures) tidak mengadakan prebiu untuk pihak media, saya terpanggil untuk ajak teman-teman media menonton filem ini bersama-sama.
"Kebetulan saya juga belum tonton naskhah akhir filem ini. Sebagai pengarah, saya ada hak untuk berbuat begini. Ini adalah budaya kerja saya setelah sekian lama berada dalam industri ini. Saya bukan buat prebiu filem sebab hari ini saya keluarkan duit sendiri untuk beli tiket. Saya buat begini kerana menghargai pandangan wartawan tentang filem saya. Dalam industri perfileman, saya membesar dengan kritikan dan pandangan pihak media,” ujar Idham mengulas tindakannya mengajak teman-teman media menonton '8 Jam' bersama-samanya malam semalam.Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Ahmad Idham adalah tidak salah kerana dia adalah pengarah Filem 8 Jam dan dia merupakan tulang utama filem itu dan produksi sepatutnya berbangga dengan apa yang dilakukan kerana dengan sedemikian mampu menambahbaik filem yang diterbitkan itu