SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , , , » Hiburan : Gambar | Azwan Ali dan Ifa Raziah Berdamai Disaksikan Roslan Shah

Hiburan : Gambar | Azwan Ali dan Ifa Raziah Berdamai Disaksikan Roslan Shah


Roslan Shah berkata dia bersyukur dan bergembira kerana dapat menyaksikan kedua-dua rakannya yang sebelum ini pernah bergaduh serta berpatah arang itu kembali berbaik semula dengan bersalaman serta bermaaf-maafan.

"Saya gembira sangat kerana Azwan Ali telah menyatakan hasratnya kepada saya untuk meminta dipertemukan bersama Ifa Raziah untuk berdamai. Sebelum ini pun, saya pernah memberitahu Ifa supaya berbaik semula dengan Azwan meskipun dia tidak dapat berkawan rapat dengannya seperti dulu.


"Kebetulan, kami dalam satu rakaman yang sama, jadi saya pun menarik Azwan Ali untuk bersemuka dengan Ifa Raziah. Saya bersyukur sangat-sangat apabila dapat menyaksikan mereka bersalam-salaman serta bermaaf-maafan," katanya yang dihubungi oleh murai.com.my
Selain Roslan Shah, sesi bersalaman dan bermaafan itu turut disaksikan oleh juru mekap dan krew produksi rakaman tersebut.


Roslan Shah berharap lagi selepas ini, kedua-dua rakannya itu tidak akan bersengketa lagi atau menyimpan dendam di antara mereka sampai bila-bila.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir