SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Berita : Gambar | Bayi Perempuan 17 Bulan Maut Bawah Timbunan Baju Dalam Almari

Berita : Gambar | Bayi Perempuan 17 Bulan Maut Bawah Timbunan Baju Dalam Almari


Gerakan mencari seorang bayi perempuan berusia 17 bulan yang sebelum ini hilang di rumahnya berakhir selepas mayat bayi berkenaan ditemui di bawah timbunan baju dalam almari di rumah neneknya.

 MENANG BEG JENAMA BURBERY DENGAN SERTAI #Reebonz> Klik Sini!  MENANG BEG JENAMA BURBERY DENGAN SERTAI #Reebonz Klik Sini

Kejadian berlaku ketika Zyia Turner bersama kanak-kanak lain dijaga oleh bapa saudaranya.
Menurut neneknya, Bridget Elam, dia menerima panggilan telefon daripada anaknya itu memaklumkan kehilangan Zyia pada pukul 3.46 petang.
“Kali terakhir saya melihat Zyia ketika di bilik makan. Kehilangannya menyebabkan kami menjadi panik,’’ kata Elam yang kemudian memaklumkan kepada bapa Zyia, Emmanuel Turner sebelum operasi mencari digerakkan.
Bimbang bayi itu diculik, mereka telah mengedarkan risalah di kawasan sekitar dan turut menghubungi pihak polis.
Namun mereka semua terkejut selepas seekor anjing mengesan bayi itu di bawah timbunan baju di dalam almari, dalam keadaan tidak bernyawa.
“Kami semua menyalahkan diri sendiri kerana tidak memeriksa bahagian tersebut. Ia merupakan satu kemalangan dan kami perlu menghadapinya,’’ katanya.
 MENANG BEG JENAMA BURBERY DENGAN SERTAI #Reebonz> Klik Sini!  MENANG BEG JENAMA BURBERY DENGAN SERTAI #Reebonz Klik Sini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir