Pengarah Ombak Rindu, Osman Ali yang pernah menggegarkan panggung melalui filem romantisnya itu kini bakal mencipta kontroversi dengan karya terbarunya, Jiwa Taiko.
Salah satu adegan yang dilakonkan oleh Bront Palare dan Nadiya Nisaa dijangka bakal menjadi buah mulut kerana mungkin sedikit menyentuh sensitiviti masyarakat terutama masyarakat Melayu.
“Awal-awal lagi saya ingin meminta maaf jika babak lakonan kami itu menyentuh mana-mana pihak,” kata Bront Palarae ketika di temui di tayangan perdana filem Jiwa Taiko di Cathay Cineplexes Cineleisure Damansara.
Bront menambah yang dia dan Nadiya telah berbincang mengenai adegan tersebut sejak menjalani penggambaran Ombak Rindu. Dia menegaskan yang babak tersebut cuba dilakonkan dengan seimbang berserta teknik kamera yang berkesan demi menjadikan babak lebih realistik, walaupun kurang bersentuhan, sebenarnya.