SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Berita : YDP Agong Terima 27 Kek Sempena Hari Keputeraan Baginda

Berita : YDP Agong Terima 27 Kek Sempena Hari Keputeraan Baginda


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada Khamis menerima persembahan 27 kek sempena ulang tahun keputeraan Seri Paduka Baginda Sabtu ini.
YDPA Terima 27 Kek Sempena Hari Keputeraan

Antara kek yang dipersembah kepada Seri Paduka Baginda di Dewan Santapan, Istana Negara di sini ialah yang berkonsepkan Istana Negara Jalan Duta daripada Federal Hotel International Group seberat 50 kg dan yang berperisa buah-buahan dan kek berkonsepkan kereta kuda daripada Hotel Renaissance Kuala Lumpur seberat 50 kg.
Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah meluangkan masa kira-kira 30 minit melihat kek-kek yang dipersembahkan.
Persembahan kek merupakan acara tahunan setiap kali sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir