SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » Masalah brek punca nahas bas pelancong dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur

Masalah brek punca nahas bas pelancong dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur

Polis percaya kemalangan bas persiaran yang membawa 24 pelancong rakyat India dari Genting
Highlands ke Kuala Lumpur semalam berpunca daripada kegagalan sistem brek bas berkenaan.
Sistem Brek Punca Kemalangan Bas Pelancong
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohd Yusri Hassan Basri berkata siasatan awal polis mendapati bas yang dipandu hilang kawalan apabila sistem brek tidak berfungsi dengan baik.
“Kami telah melakukan siasatan awal bersama Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) hari ini dan kami masih menyiasat punca sebenar,” katanya.

Beliau berkata, dua pemandu bas masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan akan ditahan reman bagi membantu siasatan.
Dua pelancong rakyat India terbunuh manakala 24 lagi penumpang cedera apabila bas yang mereka naiki terbalik di bahu jalan di kilometer 4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini ketika dalam perjalanan ke ibu negara dari Genting Highlands.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir