Seorang kanak-kanak warga Bulgaria, Kordeza Zhelyazkova selamat melahirkan seorang bayi
perempuan walaupun umurnya baru mencecah 11 tahun.Zhelyazkova merupakan ibu paling muda di kota Bulgaria ketika dia hamil dua minggu selepas menyambut hari lahirnya yang ke-11.
Ahli keluarga kanak-kanak perempuan itu ternyata terlalu gembira menerima kelahiran bayi perempuan Zhelyazkova yang diberi nama Violeta seberat 2.6 kilogram.
Apa yang lebih menarik, Zhelyazkova melahirkan Violeta pada hari sepatutnya dia berkahwin dengan teman lelakinya, Jeliazko Dimitrov, 19.
Selepas lebih dari 24 jam Zhelyazkova selesai melahirkan anaknya, kanak-kanak perempun itu meneruskan upacara perkahwinannya yang tergendala kerana melalui proses kelahiran Violeta.
Sebelum ini, Zhelyazkova mengaku dia seperti kanak-kanak lain yang menjadikan permainan sebagai teman sehariannya menghabiskan masa di rumah.
Tetapi, semuanya sudah berubah apabila dia sedar kini mempunyai tanggungjawab sebagai seorang ibu untuk menjaga bayinya yang masih kecil.
“Sebelum ini, saya cuma bermain dengan alat permainan tetapi kini bayi ini adalah permainan saya yang baru. Saya perlu lebih matang. Saya kini seorang ibu,” kata Zhelyazkova.