NEW YORK: Tablet iPad terbaru begitu popular - peralatan itu sudah dijual dengan tiga juta unit di
seluruh dunia sejak Jumaat lalu, apabila orang ramai beratur panjang selama beberapa hari di luar kedai Apple untuk menjadi pembeli pertama tablet terbaru HD itu.

“iPad terbaru itu adalah blokbuster dengan jualan tiga juta unit, pelancaran iPad terkukuh setakat ini,” kata Naib Presiden Kanan Pemasaran Dunia Apple, Philip Schiller. - DM