Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi
(A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.

"Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN)5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010," katanya pada majlis pengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM di sini hari ini.
Beliau berkata seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan itu tahun lepas.
Abd Ghafar berkata seramai tujuh calon memperoleh semua A+ dalam 12 mata pelajaran, 72 calon (11 mata pelajaran), 284 calon (10 mata pelajaran) dan 143 calon (sembilan pelajaran).