Penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat tidak menafikan pernah terfikir bersara awal
daripada karier kesayangannya itu gara-gara tidak tahan dilanda kontroversi demi kontroversi membabitkan kisah di luar padang.

“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir (untuk bersara awal). Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas. “Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,” katanya yang ditemui selepas majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 di sini, semalam.