SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » doktor palsu guna simen dan penampal tayar untuk cantikkan wajah

doktor palsu guna simen dan penampal tayar untuk cantikkan wajah


Mangsa seorang doktor palsu, Oneal Ron Morris tampil untuk menunjukkan keadaan buruk wajahnya selepas disuntik dengan campuran toksik terdiri daripada simen dan penampal tayar.


Rajee Narinesingh, 48, dari bandar raya ini berkata, wajahnya dirosakkan Morris, 30, yang baru dibebaskan dari tahanan selepas dia dituduh melakukan suntikan yang boleh membawa maut itu ke atas seorang lagi mangsa. Rajee yang seperti Morris dilahirkan sebagai lelaki tetapi hidup sebagai wanita berkata, dia mengalami benjolan di pipi, dagu yang tiada bentuk dan bibir atas yang tebal selepas mendapat rawatan kecantikan secara haram itu. 

Rajee mengakui pada awalnya dia berjumpa Morris kerana dia tiada wang untuk mendapatkan rawatan pakar bedah plastik berlesen. Menurutnya, dia mengetahui mengenai Morris melalui mulut ke mulut dalam komuniti pondan.


Rajee memberitahu stesen televisyen CBS4 di Miami: 

“Ia menjadi terdesak untuk menyesuaikan penampilan luaran dengan dalaman anda, jadi anda sanggup mengambil risiko.” “Sebagai seorang individu pondan, anda akan berfikir, ‘Oh Tuhan, saya boleh memperoleh wajah yang diidamkan dan tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuknya.” Rajee sudah melakukan beberapa pembedahan plastik untuk memperbaiki wajahnya dan masih perlu menjalaninya lagi.


“Saya akhirnya terpaksa juga melakukan pembedahan plastik,” katanya. Morris yang dibebaskan daripada tahanan lewat malam tadi selepas membayar ikat jamin AS$15,000 (RM48,000) enggan memberi sebarang ulasan ketika dia meninggalkan Penjara Miami Dade.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir