SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Warga Malaysia dipenjara 10 tahun kerana menggodam bank negara A.S

Warga Malaysia dipenjara 10 tahun kerana menggodam bank negara A.S


Seorang Hakim Daerah di Amerika Syarikat (AS) telah
menjatuhkan hukuman penjara keatas seorang rakyat Malaysia selama 10 tahun atas kesalahan menggodam US Federal Reserve dan bank-bank lain.
Lin Mun Poo, seorang warga Malaysia, telah mengaku bersalah pada awal tahun ini atas tuduhan menggodam bank negara AS dan juga beberapa lagi institusi kewangan swasta dan mempunyai beberapa keping kad bank yang dicuri dan juga nombor-nombor kad kredit, menurut pegawai.
Dia juga mengaku telah menggodam server komputer Fed dam telah memasang perisian kotor di server tersebut.
Poo telah ke AS padah bulan Oktober tahun lalu atas tujuan untuk menjual nombor-nombor kad kredit dan kad bank yang telah dicuri, tetapi pembeli yang berurusan dengannya adalah seorang agen AS yang menyamar, menurut pihak pendakwa.
Apabila ditahan, Poo mempunyai lebih 122,000 kad bank dan nombor-nombor kad kredit yang dicuri.
Jabatan Kehakiman AS berkata bahawa aktiviti-aktivi jenayah siber yang dilakukan Poo juga melibatkan sektor keselamatan negara tersebut, termasuk menggodam sistem komputer kontraktor Pentagon yang mempunyai servis sistem pengurusan bagi semua kenderaan tentera dan juga operasi ketenteraan yang lain.
“Hukuman yang dikenakan hari ini adalah mesej kepada semua penggodam di serata dunia bahawa AS bukanlah tempat mereka,” kata Peguam AS, Loretta Lynch. dalam satu kenyataan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir