Mayat seorang bayi lelaki cukup sifat ditemui
lima lelaki warga Indonesia di kawasan pembuangan sampah di Pandan Perdana, di sini, pagi semalam.Gambar hiasan
Mayat bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dilahirkan sebelum dibungkus menggunakan sehelai baju wanita dan tuala berwarna biru muda.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi berkata, mayat bayi itu ditemui lima lelaki warga Indonesia yang juga pemungut sampah di kawasan berkenaan, pada jam 5.30 pagi.
“Sebaik saja menerima maklumat, sepasukan polis dan forensik dikejarkan di tempat kejadian. Setibanya di tempat kejadian, kami mendapati bayi lelaki cukup sifat itu sudah meninggal dunia,” katanya.