Guinness World Records semalam mengiktiraf Tokyo Sky Tree setinggi 634 meter sebagai menara
tertinggi di dunia.Dalam majlis yang diadakan di bandar raya Tokyo, Pengarah Pengurusan Guinness, Alistair Richards menyampaikan pengiktirafan tersebut kepada Presiden Tobu Tower Sky Tree Co., Michiaki Suzuki.
Menara tersebut mengatasi Canton Tower di China yang memiliki ketinggian 600 meter. – dpa