Seorang bayi perempuan berusia 46 hari meninggal dunia pada hari pertama dihantar ke
sebuah taska di Taman Serindit di sini, dipercayai akibat jangkitan paru-paru.
sebuah taska di Taman Serindit di sini, dipercayai akibat jangkitan paru-paru.
“Anak saya disahkan meninggal dunia pukul 3 lebih. Doktor ada beritahu berdasarkan laporan awal bedah siasat ada jangkitan sedikit pada paru-paru dan tiada kesan macam penderaan,” kata Mohd Saipol
Nur Alyssa Dania Mohd Saipol, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, petang semalam (Khamis) kira-kira pukul 3 petang selepas dihantar oleh pihak taska pada pukul 1.30 petang kerana kelihatan terlalu lesu.
Bapanya, Mohd Saipol Rizal Abu Seman, 26, seorang pembantu restoran berkata sebelum dihantar ke taska, anaknya kelihatan sihat seperti biasa dan semalam hari pertama dia serta isteri Roslina Roslin, 27, menghantar bayinya itu ke taska berkenaan.
Katanya mereka menghantar Nur Alyssa Dania sebaik habis tempoh berpantang bagi membiasakannya dengan persekitaran baru sebelum Roslina yang bekerja sebagai pembantu farmasi mula bertugas Selasa ini.
“Kami hantar anak ke taska pukul 8.30 pagi semalam dan dapat tahu anak dimasukkan ke hospital menerusi panggilan telefon daripada pihak hospital pada pukul 3 petang semalam.