SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Tiada siri iphone selepas Iphone 4S

Tiada siri iphone selepas Iphone 4S


Sebelum ini kami telah melaporkan ura-ura yang mana mengatakan
bahawa Apple sedang berusaha membangunkan SIRI bagi peranti sebelum iPhone 4S seperti iPhone 4, iPod dan lain-lain. Kini Apple secara rasmi melalui sebuah emel yang dihantar kepada salah seorang pembangun aplikasi mereka menafikan akan membawakan SIRI kepada peranti selain iPhone 4S.
siri iphone 4s Apple : Tiada SIRI Untuk Selain iPhone 4S
Melalui emel tersebut, pembangun berkenaan memberi cadangan kepada Apple untuk menawarkan SIRI kepada orang ramai melalui pembayaran. Walaubagaimanapun, Apple membalas dengan menyatakan mereka tidak bercadang menyokong iPhone sebelum-sebelum ini.
Walaupun tidak dibawakan secara rasmi oleh Apple tetapi ramai pembangun dilihat sedang berusaha untuk membawakan SIRI kepada peranti selain iPhone 4s dimana beberapa usaha telah dilihat berjaya sebelum ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir