Dua lagi pingat emas berjaya dituai Malaysia pada hari ketiga Sukan SEA xxvI,
menjadikan jumlah emas yang dikutip kontinjen kita setakat ini kepada lima emas.PRASEKOLAH PERCUMA UNTUK ANAK ANDA>KLIK SINI
Selepas Lo Choon Sieng memberikan keceriaan menerusi acara lumba jalan kaki 20km pada sebelah pagi tadi, tiba giliran atlet karatedo, Shaharudin Jamaludin dan gandingan atlet terjun Wendy Ng Yan Yee-Leong Mun Yee mengikut jejak langkah itu.
Shaharudin menebus kehampaan kakaknya, Jamalliah semalam, dengan membolot emas pertama menerusi acara Kumited Individu Lelaki Bawah 75 kg manakala Yan Yee-Mun Yee menepati ramalan menjuarai acara 3m papan anjal berirama.