Golongan yang suka menghabiskan masa seorang diri tanpa menghiraukan kewujudan ahli keluarga
dan sahabat handai berisiko tinggi untuk mendapat penyakit mental.Pakar Perunding Psikiatri dan Psikologi, Jabatan Psikiatri, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar Mohd. Zain menjelaskan, disebabkan sikap gemar menyendiri itu, masa yang sepatutnya dihabiskan bersama rakan atau keluarga dibazirkan dengan perbuatan yang tidak berfaedah seperti melayari Internet atau bermain permainan video.
“Pada saat golongan ini berada dalam kesusahan, mereka akan berhadapan dengan kesukaran kerana tidak tahu bagaimana untuk meminta tolong kerana kurangnya kemahiran berinteraksi.
“Masalah yang tidak berjaya diselesaikan itu seterusnya akan dipendam, menyebabkan mereka murung dan seterusnya menjadi pesakit mental,” katanya