SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Sukan Sea 26- Indonesia-Atlet terjun Malaysia menang emas ke-3

Sukan Sea 26- Indonesia-Atlet terjun Malaysia menang emas ke-3


Atlet terjun Malaysia terus menunjukkan penguasaan mereka di Pusat Akuatik Jakabaring di sini
selepas memenangi pingat emas ketiga hari ini.
IPAD 2 SAPE MAU KLIK SINI LAJU-LAJU!!!
Dalam acara 10m platform berirama wanita, Leong Mun Yee dan Traisy Vivien Tukiet mempamerkan persembahan memberangsangkan untuk mengumpul 306.66 mata selepas lima terjunan.
Pasangan Indonesia, Sari Ambarwati dan Dinasari Harimurti memenangi pingat perak dengan 268.62 mata, manakala gangsa pula diraih gandingan Myanmar, Sandar Nyut Soe dan Mar Hnin Hay dengan 155.73 mata.
PRASEKOLAH PERCUMA UNTUK ANAK ANDA>KLIK SINI
"Sungguhpun tiada cabaran sengit buat kami di sini, namun kami memberi persembahan 100 peratus. Kami tidak memandang rendah kepada pesaing lain tetapi kami masih memperbaiki skil kami,” kata Mun Yee.
Mun Yee berkata, beliau dan Traisy Vivien melakukan tahap kesukaran yang lebih tinggi dalam acara hari ini.
Pingat emas itu adalah emas kedua Mun Yee selepas memenangi 3m papan anjal seirama semalam, berpasangan dengan Ng Yan Yee.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir