SOALAN OBJEKTIF
1. Penilaian autentik telah dianggap satu bentuk penilaian paling berkesan dilaksanakan di prasekolah kerana
A. berbentuk kualitatif
B. Dilakukan secara berterusan
C. dilaksanakan….
2. Menurut Katz (1997), tujuan pentaksiran di prasekolah ialah
I Buat keputusan penempatan
II Menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibu bapa
III Menolong guru dalam menilai kemajuan dirinya sendiri
3. Irfan suka mengganggu rakan-rakan dengan menyebut kata-kata kesat manakala Yana tidak suka berkongsi semasa aktiviti berkumpulan. Maklumat ini telah dikumpul oleh Cikgu Huda seminggu lalu bagi tujuan menyelesaikan masalah mereka.
Pada pendapat anda, apakah kaedah pentaksiran yang telah digunakan oleh Cikgu Huda untuk memungut data?
A. Portfolio
B. Temubual
C. Pemerhatian
D. Hasil Kerja Murid
4. - tiru gaya orang dewasa
- lukis dan namakan gambar yang dikenali
- bercakap tentang semalam, esok, dll..
Kemahiran perkembangan kanak-kanak di atas adalah berdasarkan domain penilaian
A. Fizikal
B. Bahasa
C. Kognitif
D. Psikomotor
5. Semasa melakukan rakaman video tingkahlaku kanak-kanak di kelas prasekolah, pengkaji gagal mendapatkan maklumat sebenar kanak-kanak. Keadaan ini mungkin terjadi disebabkan
A. Guru gagal mengawal kelas
B. Pengajaran guru lain dari biasa kerana malu pengajarannya dirakam
C. Kanak-kanak tidak memberi fokus kepada P&P
D. Kanak-kanak tidak mempamer tingkahlaku sebenar kerana sedar diri mereka dirakam
6. Cikgu ingin melihat cirri-ciri kepimpinan dan toleransi kanak-kanak. Pemerhatian sesuai sekali dilakukan semasa aktiviti
A. Mengikat tali kasut rakan
B. Membina istana pasir bersama rakan
C. Bermain pondok-pondok bersama rakan
D. Menyusun buah-buahan yang dipotong di dalam piring
7. - merupakan rumusan yang dibuat oleh guru hasil drpd maklumat yang dikumpul dan dianalisis berdasarkan perkembangan diri murid
- ulasan berdasarkan item-item yang dibina melalui hasil pembelajaran yang hendak dicapai
- ulasan harus menunjukkan kebolehan dan pencapaian sebenar
Pernyataan di atas merujuk kepada
A. pelaporan
B. hasil kerja murid
C. rekod peribadi murid
D. rekod perkembangan dan kemajuan murid
8. - merupakan satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkahlaku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Pemerhatian dengan teknik ini sesuai merekodkan satu aspek perkembangan sahaja.
Kenyataan di atas jelas menunjukkan kepada rekod
A. anekdot
B. berterusan
C. peristiwa
D. senarai semak
9. Kanak-kanak melukis atau melakar gambar dengan dua hingga enam bahagian yang dikenalpasti sperti kepala, lengan dan kaki. Sekiranya anda memungut data tentang kanak-kanak tersebut, kaedah yang paling sesuai ialah
A. ujian
B. portfolio
C. temubual
D. pemerhatian
10. Portfolio yang baik memerlukan ciri-ciri berikut kecuali
A. merupakan satu sistem penilaian berterusan
B. berkait secara langsung dengan objektif pengajaran
C. merupakan dokumen yang dikeluarkan oleh guru semata-mata
D. berasaskan perlakuan murid yang menekankan pembelajaran bermakna
11. Portfolio ialah koleksi yang berguna yang terdiri dari hasil kerja kanak-kanak yang mempamerkan usaha mereka. Berikut adalah koleksi yang sesuai digunakan untuk menilai portfolio murid kecuali
A. kriteria pemilihan
B. tugasan dengan catatan ringkas
C. kriteria untuk pembahagian markah
D. penyertaan murid dalam bidang yang dipilih
12. Guru yang kreatif perlu membuat perancangan yang teliti sebelum membuat analisis untuk data murid. Hasil dari keputusan analisis data yang dibuat akan membantu guru
A. menilai keseluruhan peribadi murid
B. meningkatkan pembelajaran arahan kendiri
C. merancang program pemulihan dan pengayaan
D. memberi peluang kepada guru menunjukkan bakat murid
13. Seorang kanak-kanak yang mendapat tempat pertama dalam kelasnya mempunyai skor markah yang lebih rendah dari rakan sebaya dengannya dalam kelas yang berlainan. Berikan hipotesis anda mengenai pernyataan diatas untuk menganalisa data murid tersebut
A. murid ini memang seorang yang cerdik
B. murid ini menduduki kelas yang ramai murid cerdik
C. analisa diperolehi dengan melihat penguasaan dengan subjek yang diambil
D. pencapaian murid ini sama dengan rakan sebayanya dan dinilai di dalam kelasnya
14. Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk membolehkan murid, pihak sekolah dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Pilih satu kepentingan membuat laporan kepada guru
A. pihak pentadbir boleh merancang prestasi sekolah
B. supaya ibu bapa tahu sama ada guru mengajar dengan betul
C. memberi pendedahan kepada murid tentang kebolehan mereka
D. memberi maklumat mengenai bidang tugas atau kerjaya yang sesuai dengan individu
15. Kaedah melaporkan kemajuan murid adalah sangat penting. Susun mengikut keutamaan mengikut kaedah pelaporan yang betul
I unsur keobjektifan
II menggunakan system gred abjad
III membuat laporan penilaian yang bertulis
IV perjumpaan guru dengan ibu bapa
A. I,II, III dan IV
B. I, III, II dan IV
C. II, I, IV dan III
D. II, III, IV dan I
16. Ringkaskan fungsi utama laporan penilaian dan kemajuan yang dibuat oleh guru.
A. mengumpul maklumat dan menganalisis kemajuan murid
B. menganalisa markah peperiksaan murid untuk diberi kepada ibu bapa
C. membuat laporan dan menganalisa serta member hasil dapatan kepada guru kelas dan ibu bapa
D. menjadi petunjuk kepada guru, ibu bapa dan pentadbir untuk mengambil tindakan yang sewajarnya
17. Terangkan mengapakah tindakan susulan perlu diambil kepada murid cergas dan lemah?
A. menguji kebolehan kanak-kanak
B. menyimpan rekod pencapaian mereka
C. mengesan kelemahan dan kelebihan murid
D. menjelaskan kebolehan murid menerima pengajaran guru
18. Puan mahirah amat hairan mengapa anaknya yang berumur 6 tahun masih tidak dapat berkomunikasi dengan baik seperti anak jirannya yang dapat berkomunikasi dengan baik sedangkan anaknya seumur dengan budak itu. Pada pendapat anda, bagaimana keadaan ini berlaku kepada anak jirannya?
A. disebabkan keturunan
B. banyak bercakap dan mengeluarkan pendapat
C. perubahan pada tingkahlaku hasil dari pengalaman
D. seorang murid yang kreatif dan patuh kepada arahan guru
19. Berikut adalah ciri-ciri penaksiran autentik kecuali
A. berpusat kepada kanak-kanak
B. subjek membina maksud tersurat
C. subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi
D. menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksana
20. Garis panduan untuk membuat pentafsiran ialah
A. mengikut laporan analisis yang diperolehi
B. mentafsir berdasarkan dapatan dari pembuat tafsiran
C. boleh diubah objektif program yang dirancang sebelumnya
D. mengandungi program pengujian sampingan khusus untuk tujuan pemulihandanpengayaan