SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Soalan dan Jawapan Prasekolah 3111- Penilaian dan Pentaksiran Bahagian Struktur #1

Soalan dan Jawapan Prasekolah 3111- Penilaian dan Pentaksiran Bahagian Struktur #1

Soalan dan jawapan Prasekolah 3111- Penilaian dan Pentaksiran 
Bahagian Struktur


1)    Maksud Penilaian
·         Proses atau prosedur bagi mendapatkan maklumat dan membuat pertimbangan tentang hasil dan standard pembelajaran
(meliputi pengujian, penilaian dan pengukuran)


2)    Objektif penilaian autentik
·         Mengesan perkembangan secara menyeluruh
·         Melihat perubahan pada perkembangan setiap murid
·         Membuat perancangan aktiviti
·         Meneliti keberkesanan aktiviti, rutin dan strategi yang digunakan
·         Mempelajari keperluan murid (kelemahan dan kekuatan murid)

3)     Kelebihan mengumpul bahan melalui video (pemerhatian)
·         Memfokuskan perkara yang ingin diperhatikan
·         Mempunyai rekod (bukti@ evidens) yang kukuh
·         Dilaksankan dalam suasana tidak formal
·         Kanak-Kanak tidak tertekan dengan apa yang dilaksanakan guru
·         Sesuai dengan masa dan tempat
·         Memberi gambaran tentang minat dan perkembangan kanak-kanak yang lebih mendalam (yakni tidak dapat diperhatikan dengan cara lain)

4)    Ciri-Ciri rekod berterusan
·         Mempunyai masa tertentu : cth 5 – 10 Minit
·         Setiap perkara @ ucapan murid dicatatkan pada pemerhatian tersebut
·         Dilaksankan dalam bentuk narrative
·         Boleh dilaksanakn ke atas individu dan kumpulan

5)    Kepentingan Portfolio
·         Memahami dan menjelaskan hasil kerja murid
·         Memotivasikan pelajar dan meningkatkan pembelajaran mereka melalui refleksi dan penilaian kerja sendiri
·         Menilai kemahiran,hasil kerja dan pengetahuan dalam suasana bilik darjah seharian
·         Penilaian bercorak individu
·         Merekodkan perkembangan dan pencapaian keupayaan kanak-kanak bukan kegagalan mereka

6)    Bagaimana guru menganalisis data
·         Hasil kerja murid yang terpilih sahaja dimasukkan dalam portfolio
·         Catatan dibuat pada hasil kerja murid setelah dianalisis dan dinilai
·         Membaca dengan teliti semua data yang diperoleh daripada hasil pemerhatian
·         Membuat analisis terhadap data dengan mengambil kira aspek-aspek penting dalam tunjang
·         Membuat catatan terhadap maklumat yang diperoleh

7)    3 Kepentingan guru membuat laporan
·         Membekalkan maklumat kepada ibu bapa dan pihak sekolah
·         Data akan mudah dilihat dan ditunjuk secara sistematik
·         Memudahkan urusan penempatan melalui analisis data yang dibuat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir