POS Malaysia Bhd (POS Malaysia) menjangka setem khas yang akan dilancarkan pada minggu
depan, menampilkan terowong SMART negara, akan habis dijual dalam masa sebulan.NI PUN BOLEH TAHAN JUGAK
“Sebelum ini, apabila kami mengeluarkan setem keluaran khas seperti sambutan ulang tahun ke-125 KTMB tahun lalu, setem itu habis dijual pada hari keluaran,” kata Ketua Unit Filateli Setem POS Malaysia Yasmin Ramli kepada Bernama selepas prebiu khas di sini hari ini bagi koleksi khas setem dan sampul surat hari pertama “Terowong SMART – Kecemerlangan Kejuruteraan Bawah Tanah”.
Beliau menjangka 6,000 pengumpul setem daripada pemegang akaun deposit perintah tetap Pos Malaysia akan menyambut baik pengeluaran setem berkenaan.