Seramai 200 kanak-kanak akan menyertai majlis khatan beramai-ramai anjuran Masjid Negara dan
Rumah Khitan Sdn. Bhd. pada 19 November ini.






Unit Perhubungan Awam dan Pusat Sumber Masjid Negara melalui satu kenyataan media memberitahu, program itu akan melibatkan kaedah berkhatan menggunakan `Smart Klamp’.
“Program berkhatan beramai-ramai ini diadakan sempena cuti persekolahan bagi tahun 2011M/1432H.
“Majlis akan berlangsung bermula pukul 7.30 pagi hingga 5 petang,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, kanak-kanak yang terlibat dalam majlis berkhatan tersebut adalah berusia antara antara 6 sehingga 12 tahun.



