SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Sebab Kenapa Kumpulan Loudness tidak jadi artis undangan Konsert Fenomena 30 Tahun Search

Sebab Kenapa Kumpulan Loudness tidak jadi artis undangan Konsert Fenomena 30 Tahun Search


Para peminat Loudness yang ingin menonton sekali lagi konsert kumpulan itu di negara ini terpaksa
berputih mata apabila rockers dari Jepun itu tidak jadi muncul artis undangan Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang akan diadakan pada 24 dan 30 Disember ini.
Loudness Tidak Muncul Di Konsert Search
Ini kerana, vokalis Search, Amy pernah mempunyai impian untuk menjemput Loudness pada konsert sempena ulang tahun ke-30 kumpulannya itu sewaktu Loudness mengadakan konsert pertama mereka di negara ini pada penghujung bulan Julai yang lalu.
Menurut sumber pihak penganjur, sebagai ganti dua artis tempatan iaitu Stacy (Akademi Fantasia) dan kumpulan Masterpiece akan diundang sebagai artis pada konsert anjuran Nirvana Credential dan Nova Music itu yang mengenakan tiket berharga RM25 itu.
“Stacy akan menjadi artis undangan pada konsert di Tawau, Sabah pada 24 Disember ini, manakala Masterpiece pula akan menjadi artis jemputan Search di Kuching, Sarawak pada 30 Disember ini,” menurut sumber itu lagi sewaktu ditanya tentang ketiadaan Loudness pada konsert itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir