Ogy telah berbincang dengan peguam peribadinya untuk mengambil tindakan perundangan terhadap
Johan kerana mempersendakan kedua arwah ibubapanya, mempermainkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dan memperkecilkan dirinya sebagai pelakon yang lebih senior.Ogy juga menyifatkan kenyataan-kenyataan Johan itu sebagai kurang ajar, satu penghinaan dan beliau tidak mampu untuk bertolak ansur dengan kebiadapan pasangan pengacaranya malam itu.
“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW junjungan kita.
“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya.
Bagaimanapun, hasrat Ogy itu disambut dingin peminat industri hiburan tanah air apabila beranggapan Ogy kelihatan lebih huduh apabila terkinja-kinja di atas pentas pada malam itu.
Ramai yang melihat Ogy gagal mengawal diri dan majlis itu.
Wujud juga ironi dalam isu ini apabila Ogy juga pernah dikenakan saman oleh Azwan Ali kerana satu kenyataannya semasa mengacarakan program Melodi satu ketika dulu.
Azwan Ali walau bagaimana pun tidak berjaya dalam tuntutan samannya itu.