SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » Michael Jackson dibunuh kerana dia menipu

Michael Jackson dibunuh kerana dia menipu


Doktor peribadi   Michael Jackson, Dr. Conrad Murray mendedahkan penyanyi berkenaan telah
menipunya berhubung sejarah perubatannya dengan menyembunyikan masalah ketagihan dadahnya.
Doktor Peribadi Michael Jackson Luah Perasaan
Menurut Murray, Michael sepatutnya lebih jujur dengannya dan memaklumkan semua perkara mengenai dirinya termasuk semua sejarah perubatan dan doktor yang pernah merawatnya sebelum ini.
Beliau berkata demikian dalam temubual program Today bersama Savannah Guthrie .
MAXIS HOME JALUR LEBAR PALING BEST>KLIK SINI
PRASEKOLAH PERCUMA UNTUK ANAK ANDA>KLIK SINI
Minggu lalu, mahkamah memutuskan Murray bersalah atas dakwaan membunuh tanpa niat Raja Pop itu pada 2009.
Sepanjang perbicaraan, Murray mendakwa tidak bersalah memberi penyanyi lagu Thriller itu ubat anestetik propofol yang kuat.
MAXIS HOME JALUR LEBAR PALING BEST>KLIK SINI
PRASEKOLAH PERCUMA UNTUK ANAK ANDA>KLIK SINI
Ubat berkenaan selalunya digunakan dalam pembedahan dan ia dikatakan punca utama kematian penyanyi itu pada usia 50 tahun.
Sepanjang temubual itu, Murray turut menunjukkan bekas ubat yang diberikan oleh doktor perubatan lain kepada penyanyi pop berkenaan.
“Saya tidak boleh menghalang Michael daripada menemui doktor lain walau atas apa alasan pun,” katanya.
Dalam temubual yang diadakan beberapa hari sebelum beliau didapati bersalah oleh mahkamah, Murray turut mempertahankan tindakannya menggunakan propofol untuk membantu penyanyi itu tidur.
MAXIS HOME JALUR LEBAR PALING BEST>KLIK SINI
PRASEKOLAH PERCUMA UNTUK ANAK ANDA>KLIK SINI
Murray yang mendakwa Jackson telah lama menggunakan dadah itu berkata, beliau tidak memaklumkan kepada pasukan perubatan bahawa beliau telah memberikan dadah tersebut kepada penyanyi itu kerana ia diberikan dalam kuantiti yang kecil.
“25 miligram dan tidak mempunyai kesan,” katanya.
Hukuman ke atas Murray, 58, ditetapkan 29 November ini dan beliau kini berdepan hukuman penjara maksimum 4 tahun dan bakal kehilangan lesen perubatan.
Namun Murray hanya akan dipenjarakan di sel yang sesak di Los Angeles selama beberapa bulan sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir