SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Kemalangan di Behrang- SPAD sahkan bas ada permit

Kemalangan di Behrang- SPAD sahkan bas ada permit

 Suruhanajaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengadakan siasatan terperinci berhubung kemalangan membabitkan sebuah bas  persiaran hingga mengorbankan
nyawa tiga penumpangnya awal pagi ini.

“Kejadian ini melibatkan dua kenderaan iaitu bas persiaran yang didaftarkan di atas nama syarikat Comforama Tours & Travel Sdn. Bhd, yang membawa 39 orang pelajar dan tiga orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Air Merah, Kulim Kedah dan sebuah lori treler yang didaftarkan di atas nama BNK Best Transport Services.
SPAD mengesahkan bahawa kedua-dua kenderaan yang terlibat di dalam kemalangan itu mempunyai permit untuk beroperasi dan telah mendaftar semula dengan SPAD serta menjalankan pemeriksaan berkala Puspakom.
Menurutnya, pihaknya amat kesal akan kejadian itu dan menasihati semua pengendali dan pemandu kenderaan pengangkutan awam darat agar mengambil serius perihal keselamatan penumpang-penumpang dan jangan sekali-kali mementingkan keuntungan mahupun untuk segera sampai ke destinasi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir