Orang ramai berpeluang menyaksikan kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70 milik Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM) di Muzium Kapal Selam di sini bermula 22 November ini.
IPAD 2 SAPE MAU KLIK SINI LAJU-LAJU!!! DAPAT RM DENGAN>>KLIK SINI Kapal selam sepanjang 67.57 meter, tinggi 11.75 meter dan lebar 6.5 meter buatan Perancis yang dibina pada tahun 1979 itu diserahkan kepada kepada Kerajaan Negeri Melaka sebagai satu lagi mercu perlancongan di negeri ini.
Diraja Malaysia (TLDM) di Muzium Kapal Selam di sini bermula 22 November ini.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kapal selam tersebut akan dinaikkan ke darat pada 16 November ini melalui jeti sementara yang dibina dan dijangka siap berada di atas tapaknya tiga hari kemudian.
“Projek bernilai RM12.6 juta ini diharap dapat menarik ribuan pelancong ke Melaka sekali gus membantu Kerajaan Persekutuan menjana ekonomi negara melalui sektor pelancongan,” katanya selepas melawat tapak Muzium Kapal Selam itu di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata, para pengunjung akan dikenakan tiket berharga RM3 bagi orang dewasa, RM1 bagi golongan kanak-kanak dan potongan sebanyak 50 peratus bagi warga emas.