SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » JKM-My Kasih bantu yang memerlukan

JKM-My Kasih bantu yang memerlukan

Hanya menggunakan MyKad, keluarga miskin kini mampu mendapatkan barangan makanan asas
secara percuma setiap bulan melalui program kebajikan MyKasih. 

Pengerusi MyKasih, Ngau Boon Keat, berkata sejak dilancarkan pada Disember 2008, program itu


berjaya membantu kira-kira 10,000 keluarga miskin dalam mengurangkan bebanan perbelanjaan bulanan mereka.



BUAT DUIT DENGAN BELI HADIAH..JOM
Katanya, MyKasih program kebajikan badan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan menyediakan bantuan barangan makanan, pendidikan pengurusan kewangan serta kelas tuisyen dan latihan kepada golongan sasar.

“Justeru, keluarga miskin yang menepati syarat seperti rakyat tempatan, memperoleh pendapatan bersih isi rumah RM1,000 ke bawah dan mempunyai ahli keluarga ramai layak memohon menyertai MyKasih. Biasanya peserta dipilih daripada senarai ditentukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), saranan NGO atau jawatankuasa penduduk. 

“Peserta akan menerima RM80 setiap bulan untuk membeli makanan seperti beras, biskut, susu tepung, roti, susu manis, tepung gandum, susu segar, gula, makanan dalam tin, kicap dan telur,” katanya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir