Aktres berstatus ‘janda meletop!’, Maya Karin Roelcke yang kini sedang mengembara ke Paris untuk
rakaman episod perdana Travelog AirAsia, sebuah program terbitan kerjasama TV3 dan AirAsia, dikatakan cuba dipikat oleh beberapa jejaka Perancis yang tampan.Sebuah laman web berbahasa Inggeris, The Daily Chilli, memberitahu bahawa Maya Karin yang sudah lebih setahun menjanda telah bertemu dengan beberapa jejaka kacak di negara itu, namun menyatakan bahawa dia perlukan masa untuk kembali ke alam percintaan sekali lagi.
“I’ve met charming French men in Paris, but romance will have to wait (Saya telah bertemu lelaki-lelaki Perancis yang tampan, tetapi percintaan perlu menunggu sedikit masa lagi),” katanya yang dipetik dari laman web tersebut.
Maya Karin telah diijabkabulkan dengan Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Abdullah, di Villa Corte de Lago, Bellagio, Itali, pada 14 Ogos 2008.