Seramai 13 orang terunuh dan kira-kira 30 lagi mengalami kecederaan selepas sebuah bas terjatuh
ke dalam gaung di tengah Mexico, kata pegawai.






Pegawai perlindungan awam menyalahkan kemalangan itu berpunca daripada brek bas yang tidak berfungsi menyebabkan kenderaan berkenaan terjatuh ke dalam gaung sedalam 40 meter dalam kejadian di Tenancingo.




Mangsa yang cedera dibawa ke hospital berdekatan selepas kejadian awal pagi tadi di laluan dikenali sebagai “Selekoh Maut” ketika penumpang pulang daripada menghadiri acara keagamaan.