SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Jawapan Soalan PRA 3104 ( PERKEMBANGAN BAHASA KANAK – KANAK)-Struktur & Esei

Jawapan Soalan PRA 3104 ( PERKEMBANGAN BAHASA KANAK – KANAK)-Struktur & Esei

Jawapan Soalan PRA 3104 ( PERKEMBANGAN BAHASA KANAK – KANAK)-
Struktur & Esei

Perkembangan bahasa seorang kanak-kanak bergantung pada 3 aspek; dorongan, kematangan, persekitaran.Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan dorongan, kematangan dan persekitaran.
Dorongan
Dorongan yang tepat dapat merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak adalah seperti:
·         Memberi maklum balas yang positif. Perlu diberi pengukuhan positif sperti pujian atau penghargaan.
·         Membetulkan sebutan kanak-kanak secara membina.

Kematangan

·         Tahap perkembangan berbahasa kanak-kanak berbeza mengikut peringkat umur atau kematangan. Semakin meningkat umur, semakin banyak perbendaharaan kata dan bentuk ayat yang disebut.

Persekitaran

·         Kemahiran berbahasa berkembang dengan pesat jika kanak-kanak dibesarkan dalam persekitaran kondusif. Contohnya seperti  persekitaran yang selamat, bebas dan terdapat bahan yang dapat merangsang perkembanganbahasa seperti CD-Rom ataupun alat permainnan bahasa.

2. Pengaruh persekitaran yang mempengaruhi bahasa kanak-kanak?
Kecacatan fizikal
·         Masalah kanak-kanak yang cacat fizikal sememangnya akan menimbulkan masalah dalam pembelajaran.
·         Kecacatan fizikal yang diamaksudkan ialah kecacatan pertuturan, penglihatan, pengamatan dan tangan.
·         Menurut Samuel A. Kirk, kanak-kanak cacat penglihatan biasanya terbatas mobiliti sosialnya, lemah koordinasi moto dan lemah dalam mata pelajaran bahasa dan matematik.

Gangguan bahasa ibunda
·         Rakyat Malaysia adalah berbilang kaum, maka terdapat beberapa bahasa ibunda.
·         Apabila kanak-kanak masuk alam persekolahan pengaruh tersebut sudah mendalam dalam diri terutama dari segi sebutan dan struktur bahasa berkenaaan.

Pengaruh Dialek Tempatan

·         Bahasa daerah atau dialek adalah satu faktor yang mengganggu aspek sebutan dan intonasi dalam bahasa melayu baku.
·         Biasanya melibatkan murid berbangsa Melayu yang dibesarkan dalam kawasan dialek yang kuat atau tebal pengaruhnya.

Pengaruh media massa

·         Melalui media massa (radio,televisyen) kanak-kanak mempelajari dan mencontohi pelbagai aspek bahasa seperti sebutan, tekanan, pembatangan suku kata dan perbendaharaan suku kata.
·         Setiap bunyi vokal atau konsonan dalam perkataan perlu dibunyikan dengan betul supaya tidak timbul masalah dalam komunikasi.
·         Pelabagai program yang tersiar menggunakan perkataan yang kurang sesuai dengan tahap umur kanak-kanak.

3.  Sistem bahasa - Jelaskan maksud fonologi, morfologi, sintaksis, pragmatik.


Fonologi
-kajian yang mengkaji bidang fonem iaitu bunyi perkataan

Morfologi
-bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata dan penggolongan kata

Pragmatik
-peringkat penggunaan bahasa yang peka pada konteks sosial yang berbeza

Semantik
-kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan

Sintaksis
-bidang ilmu yg mengkaji tentang pembinaan ayat termasuk hukum tatabahasa dan juga struktur.

4. Strategi penggabungjalinan yang selalu digunakan dalam prasekolah kebangsaan.

Definisi:

Penggabungjalinan ialah satu proses penyampaian beberapa kemahiran di dalam sesuatu pelajaran.

Ciri-ciri penggabungjalinan:

·         Ia merupakan integrasi beberpa kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran.
·         Proses penggabungjalinan berlaku di antara kemahiran yang berkaitan dengan secara bersepadu serta menyeluruh.
·         Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran adalah dipelbagaikan dengan cara menarik.
·         Di antara berbagai-bagai kemahiran yangdigabungjalinankan, salah satu kemahiran merupakan fokus, iaitu kemahiran utama, dan kemahiran-kemahiran lain merupakan kemahiran sampingan.
·         Organisasi kemahiran-kemahiran adalah fleksibel. Turutan kemahiran-kemahiran yang digabungjalinkan boleh berubah mengikut situasi. Bagaimanapaun, kemahiran utama tetap diberi penekanan yang lebih.
·         Kemhiran-kemahiran yang diintegrasikan melalui strategi penggabungjalinan adalah saling dikukuh dan diterapkan antara satu sama lain.





Cara-cara menggunakan penggabungjalinan.
Bagi menjalankan kaedah ini, guru harus mengikut beberapa panduan berikut:
·         Mengenal pasti terlebih dahulu kemahiran utama dan juga kemahiran sampingan yang lain.
·         Kemahiran utama harus diberikan penekanan dalam proses pnp
·         Kemahiran2 sampingan hendaklah dikuasai terlebih dahulu bagi membolehkan murid mengaitkan dengan kemahiran utama
·         Kemahiran utama biasanya digunakan pada peringkat perkembangan manakala kemahiran sampingan digunakan pada peringkat pelajaran
·         Strategi penggabungjalinan hendaklah dirancang berdasakan pencapaian, objektif dan kebolehan pelajar
·         Kemahiran2 dalam sesuatu pelajaran seharusnya diintegrasikan mengikut susunan yang sesuai
·         Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara logical ataupun bersesuaian

5. Aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran mendengar kanak-kanak.

·         Memperdengarkan bunyi pelbagai alat muzik seperti tamborin, maracas dan sebagainya.
Kemudian murid-murid dikehendaki mengikut rentak setiap alat muzik yang dimainkan dengan menepuk tangan.
·         Memperdengarkan bunyi-bunyi alam semualajadi seperti bunyi ombak, air dan sebagainya kepada kanak-kanak dan kanak-kanak dikehendaki meneka bunyi yang telah diperdengarkan.
·         Murid-murid dikehendaki mengecam perbezaan bunyi dengan cara guru mengetuk gelas yang sama saiz tetapi mempunyai kandungan air yang berbeza.


6. Nyatakan 5 objektif kurikulum bahasa dalam kurikulum kebangsaan.

·         Mendengar dan menyatakan apa yang didengar
·         Bertutur dengan sebutan yang betul dan bahasa yang bertatasusila.
·         Membaca dan menceritakan isi bacaan sesuai dengan peringkat perkembangan murid.
·         Menulis perkataan dan ayat mudah yang betul.
·         Menambahkan perbendaharaan kata.
·         Meningkatkan kemahiran bahasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir