SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Sebenarnya dia bertudung ke tak???

Sebenarnya dia bertudung ke tak???

sekejap bertudung sekejap tidak..mana satu ni...

Sebenarnya kedudukan dan gaya Siti agak mengelirukan. Adakalanya bertudung,adakalanya macam bertudung dan adakalanya macam tidak bertudung.

Sebagai jawapan kepada pertikaian itu, penulis ingin menjelaskan bahawa kandungan artikel tersebut yang menyatakan bahawa Siti sebagai artis bertudung adalah tepat dan tidak punya ada sebarang kesilapan.
Itu adalah pandangan dan pendirian penulis yang mungkin berbeza dari para pembaca.
Siti sememangnya bertudung dan itu hakikat yang tidak boleh dinafikan.
Dalam konteks ini, kita perlu bijak membezakan antara konsep ‘pakai tudung’ dan ‘aurat’ menurut Islam.
Sama ada tudung atau fesyen yang dikenakan Siti itu menutup aurat sepenuhnya atau sebaliknya, itu satu persoalan yang berlainan.
Sebenarnya, isu gaya pemakaian tudung Siti tidak sepatutnya timbul memandangkan tajuk artikel tersebut adalah berkenaan ‘artis bertudung’ dan bukannya ‘artis menutup aurat’.
Sekiranya penulis menulis mengenai ‘artis menutup aurat’, secara sedar atau tidak, maka boleh dikatakan hampir semua artis wanita di negara ini mungkin tergolong dalam kategori tidak menutup aurat.
Mazhab As-Shafie menetapkan bahawa secara asasnya, aurat wanita itu meliputi kesemua anggota tubuh kecuali kedua telapak tangan, bahagian muka dari pangkal dahi hingga paras dagu (sebagaimana pakaian seorang wanita yang sedang bersolat).
Penulis bersetuju dengan para pembaca sekiranya menyatakan bahawa Siti Nurhaliza mungkin tidak menutup aurat sepenuhnya.
Namun, mampukah pembaca menjelaskan bahawa tudung, ‘anak tudung’, selendang atau sebarang bentuk fabrik yang menutup sebahagian dari kepala Siti Nurhaliza itu tidak boleh dianggap sebagai ‘tudung’?
Siapa yang boleh jawab secara tepat?
Mungkin kaedah pemakaian tudung Siti itu perlu dibaikkan agar menutup lebih banyak aurat.


ANDA PERLU LIHAT INI..SEKEJAP JE


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir