disini c.z titipkan puisi khas buat rakan-rakan prasekolah...
Semuanya 20 orang..5 putera dan 15 puteri bakal guru prasekolah
tak cukup korum ni..cuba cari mana satu c.z???
PUISI BUAT KALIAN PISMP PRASEKOLAH
JULAI 2006-NOVEMBER 2011
Sahabatku.
dulu kita berbeza haluan
namun kita ditemukan di satu kawasan
membawa haluan yang satu
menjadi insan bergelar pendidik
Sahabatku
segala suka duka, tangis gembira
sudah dilalui bersama
namun semuanya menjadikan kita makin kuat
dalam mengharungi kehidupan
Sahabatku,
andai masa bisa diputar kembali,
ingin ku ulang saat kita semua manis dan gembira bersama
menjalani kehidupan secara suka
mengharungi rintangan yang datang bersama-sama
Sahabatku
andai perpisahan yang bakal terjadi
bakal membuatkan kalian menitiskan air mata
ketahuilah bahawa ianya bukan pertemuan yang terakhir buat kita
doa dan kenangan kita semua akan terpahat di hati sanubari masing-masing
Sahabatku sekalian
mengertilah bahawa anda semua amat berharga
setelah 5 tahun setengah mengharungi hidup bersama
segalanya berjaya ditempuhi onak dan duri
Ketahuilah bahawa mengenali kalian amat bermakna dalam hidup ini
( zubir othman-3.58 petang,18/10/2011)