SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Perempuan memang tak....(sambung sendiri)

Perempuan memang tak....(sambung sendiri)


Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya
mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda
mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca
dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang
tidak tepat, sila betulkan saya.
1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga>
terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah
pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.


2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan
pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap
bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki
JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan
Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.
3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian
sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar
kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar
kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi
itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah
yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn
memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi
tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa
sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya.
Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @
jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu
bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas
dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang
disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian
saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki
atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah
sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan
kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya
diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya.
Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan
syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya
sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian
dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59
al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi
peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang
lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah
dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki
yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika
aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata.
Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik
perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang
bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg
bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih
kurang begini "?.Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga
berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah
perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap
yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka.
"Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan
sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd
seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya
melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat
ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya
adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin
keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga
tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga
cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak
bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa
tidak pakai lipstick sahaja?

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya
jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai
tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi
dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan
mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang
perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar,
dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga
dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan
pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir