sungguh murni dan mulia kasih sayang seorang kakak yang berumur 9 tahun menjaga dengan penuh rasa kasih sayang terhadap adiknya yang berusia 8 bulan. sanggup membawa adiknya ke sekolah kerana ibu dan bapa budak ini terpaksa berkerja untuk mencari nafkah. Nafkah penting untuk kelangsungan hidup dan pelajaran juga penting untuk masa depan.
Kegigihan budak ini membawa adiknya ke sekolah dan menjaganya dengan penuh kasih sayang sungguh menarik minat ramai pihak di China. Ianya lambang kasih sayang, ketabahan, kemiskinan dan kecekalan untuk mengharungi kehidupan yang sungguh mencabar di dunia kini.